Friday 20 July 2012

Takdir??

In The Name Of Allah, The Watchful and The Responsive, I begin

Bingkisan rindu buat papan kekunci yang sudah lama tidak ku tarikan jemariku ini,

Lirikan asyik buat 'monitor' sebesar dua buku teks subjek fizik yang sudah berhabuk ini,

Assalamualaikum buat semua pelawat yang sudi singgah di lamanku ini...(jawab jangan baca je..^ ^)


Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi tentang sesuatu perkara yang menjadi kemestian bagi manusia untuk percaya sama ada manusia itu seseorang yang beriman atau tidak.

Perkara tersebut ialah TAKDIR....



Kekadang kita menyalahkan musibah yang berlaku ke atas diri kita...

Kekadang apabila hidup kita tidak seperti yang diimpikan, kita menyalahkan takdir tanpa kita berusaha untuk memahami hikmah ketentuan Allah..

Kekadang kita mengatakan sesuatu itu takdir sedangkan kita sendiri tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan takdir.

Sehinggakan kita terus-menerus menyalahkan takdir dan akhirnya kita menyalahkan Allah kerana tidak berlaku adil dalam  menentukan hidup kita..

Jadi, saya ingin berkongsi satu petikan daripada sebuah novel Fatimah Syarha yang boleh menjelaskan diri kita tentang apa itu takdir...

Memahami Konsep Takdir Melalui Kisah Sayyidina Umar

Sayyidina Umar dan para sahabat semasa dalam perjalanan ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. Semasa para sahabat bermesyuarat, Umar mencadangkan supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin Al Jarah berkata, "Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"

Berkata Umar,"Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah."

Penjelasannya, sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir bahawa A (pergi ke negeri yang dilanda taun) akan menyebabkan X(dijangkiti taun) misalnya. B (tidak pergi) pula akan menyebabkan Y (tidak dijangkiti). Maka melaksanakan sebab A (pergi) yang natijahnya adalah X (dijangkiti) atau melaksanakan sebab B (tidak pergi) yang natijahnya adalah Y (tidak dijangkiti), itu juga dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya berfikir dan memilih.

Hikmahnya, kita tidak boleh menyalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk.

Apa pun, sama ada kita memilih sebab A (pergi) yang akan mengakibatkan X (dijangkiti) atau sebab B (tidak pergi) yang berakibat Y (tidak dijangkiti), semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.

Duhai teman,

Inilah makna takdir yang sebenar mengikut perspektif Islam...

Fahamilah hikmah di sebalik setiap ketentuan Allah terhadap diri kita....

Banyak-banyakkanlah istighfar dan muhasabah diri lantaran kita sering lupa dan leka dengan kemanisan dunia ini....

Moga2 kita menjadi HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA....

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ^_^

Wassalam.