Saturday, 12 January 2013

Realiti manusia berhati sepi



Sungguh, manusia hidup menagih bahagia,
Teguh berlari memburu cinta,
Pertangkas diri mengelak terista,
Hanya mendamba suka,
Jauh sekali menghirau duka.

Tetapi, manusia sering lupa dan alpa,
Fatamorgana di mata dianggap kemala,
Bersuka ria walau dah sedar bahaya,
Mehnah mendatang direnung biasa,
Diambil hikmah sekelumit cuma,
Sekadar melambai tidak menyapa.

Akhirnya, pancaindera keliru hati celaru,
Terus asyik ditiup bayu pilu,
Terus layu disiram sayu,
Jatuh terkulai berwajah kuyu.



Inilah realiti,
Manusia berhati sepi.

Justeru,
Perbaiki diri duhai pencinta Ilahi,
Bacalah tinta kasih tuhan sepenuh jiwa,
Dirikanlah solat seikhlas rasa,
Ingatlah maut senantiasa hampiri,
Cari hatimu yang dulunya pergi,
Hidupkan ia dengan cahaya tarbawi.
Agar kau kembali kepada Rabbi.

Daie Sado
1832.
12012014.