Sunday, 16 September 2012

AKU MANUSIA



Kulihat,
Dia masih sama, 
Dia masih serupa,
Kulihat,
Dia dahulu berusaha menjadi hamba,
Kini tegar melakukan dosa,
Kulihat,
Dia dahulu umpama malaikat,
Jauh dari maksiat,
Tetapi,
Kini dia umpama si laknat,
Yang bebas berbuat jahat,
Seperti tiada yang merawat,
Seperti tiada yang melihat.

Kulihat,
Dia dahulu menyemai benih iman,
Berusaha menumbuhkan putik amal,
Memelihara dengan siraman ilmu,
Tetapi,
Kini mencantasnya tanpa hiba,
Memijaknya tanpa dipinta,
Umpama lagak durjana.

Apa yang sudah terjadi?

Namun, kuselami samudera dirinya,
Dia seperti aku,
Kejadiannya tiada yang berbeza,
Sama seperti aku.

Baru kusedar betapa ku alpa,
Dia ialah Manusia,
Makhluk pelupa,
Makhluk yang angkuh,
Bongkak dengan nikmat dunia,
Walau dah tahu betapa rapuh,
Tetap sanggup mendamba,
Tetap sanggup menjauh,
Daripada Tuhan Maha Berkuasa.

Baru kusedar,
Aku memang dia,
Aku makhluk bernama Manusia.

  

1 comment:

Kuucap padamu ribuan kasih,
Sudi menyinggah walau sebentar,
Diriku ini masih bertatih,
Harap dititip secebis komentar.... ..>_<"

For improvement..^_^