Tuesday, 12 February 2013

Hei tujuan, kenapa kau dipisahkan?

Hari ini, perjaka wawasan ingin mengajak anda semua untuk kembali berfikir sejenak tentang beberapa masalah umat Islam zaman sekarang. Sebagai contoh, mari kita selami situasi-situasi yang tertera:

"Apalah Muslim tu, aku tengok dia rajin beribadah dekat masjid. Tapi, kenapa bila dia nampak adik perempuan dia keluar ngan mamat tu. Dia buat 'don't know' je?"

"Apalah Muslim tu, setahu aku dia seorang yang soleh. Aku tengok dia selalu join program-program agama kat surau. Tapi, kenapa dia tak ajak member-member dia join sekali? Dia biarkan je member-member dia lepak tepi Mydin tu?"

"Apalah Muslimah tu, pakai je tudung labuh. Tapi, bila lepak dengan kita. Bukan main laser lagi mulut dia menembak orang. Aku pun hendak ditembaknya. Tak pernah nak tunjukkan contoh baik kat kita kan?"

Dalam meniti kehidupan sebagai seorang hamba, perjaka wawasan pasti anda semua pernah berhadapan dengan situasi ini atau yang seumpama dengannya. Hal ini demikian, situasi ini sudah menjadi norma kehidupan masyarakat Muslim akhir zaman. *Perasaan gundah mula mengulit diri perjaka wawasan.





"Arggghhhh! What causes these problems?"

Kita pemisah kepada perkara yang tidak patut dipisahkan





Kita pemisah kepada perkara yang tidak patut dipisahkan? Apakah itu? Mari kita kembali meneliti tujuan penciptaan manusia.

Ramai manusia hari ini, bila ditanyakan "Hei kawan, kenapa kita diciptakan eh?" mereka akan menjawab "sebab nak beribadah kepada-Nya lah kawan." Jawapan ini bertepatan dengan dalil Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat ke 56:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Memang tidak dinafikan jawapan ini sangat tepat tetapi ada satu jawapan lagi yang mereka terlepas pandang iaitu "untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah". Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Perkara ini berlaku sebab kita telah memisahkan dua tujuan penciptaan yang saling berkait rapat. Maka, berlakulah kemunculan golongan-golongan yang soleh, mempunyai pengetahuan agama tetapi tidak mampu menjadikan orang lain soleh. Mereka seorang yang rajin ke masjid, selalu qiamullail, Al-Quran khatam dua kali sebulan dan bla..bla..(tahap gabban punye baik).

Tetapi mereka tidak mampu untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Tidak mampu untuk memberi manfaat kepada perkembangan Islam di atas muka bumi ini. Hanya sekadar duduk bertafakur di dalam masjid semata-mata.

Justeru, apa yang patut kita lakukan?

Emmm. Otak ligat berfikir mencari solusi masalah ummah.

Kalau dah terpisah, kita satukanlah balik

Secara dasarnya, Allah tidak mencipta kita semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Allah tidak mencipta kita untuk mem'fokus'kan seluruh kehidupan hanya untuk akhirat. Allah juga tidak pernah menyuruh kita tinggalkan dunia secara total. Malah, kita telah dididik oleh Allah untuk menggapai kedua-duanya. Dengan cara menjadikan dunia itu sebagai ladang untuk kita tuai hasilnya di akhirat kelak.


Kerana itu, kitalah khalifah dan kitalah hamba. Selain merancang untuk berqiamullail setiap hari, kita rancang projek-projek pembangunan ummah. Selain merancang untuk berpuasa sunat, kita merancang untuk berdakwah melalui maya. Selain merancang untuk membangunkan potensi kendiri, kita rancang bagaimana untuk membangunkan potensi anak-anak usrah kita.

Ya, itulah jawabnya. Kerana kita dihidupkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah dan hamba kepada-Nya.

Maka, kalau dah terpisah tujuan itu, kita satukanlah balik!

Ketika merancang, jangan lupa berdoa

Akhir kalam daripada perjaka wawasan.

Dalam Al-Quran, Allah ada mengajar kita satu doa untuk mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 201-202:

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Jadi, jom muhasabah diri .

-Daie Sado-













4 comments:

  1. Nice ! membuka mata ^_^.
    Btw , Mabrook utk SMA .

    ReplyDelete
  2. betul2 memberi keinsafan kepada ena.. subhanaAllah.. terima kasih ye

    ReplyDelete

Kuucap padamu ribuan kasih,
Sudi menyinggah walau sebentar,
Diriku ini masih bertatih,
Harap dititip secebis komentar.... ..>_<"

For improvement..^_^