Saturday, 9 March 2013

Weyhh, aku dah terkena penyakit!!!

Di sekolah/asrama

Serban yang meliliti kepalanya tampak rapi dan bersih. Jubah putih yang dikenakan pada dirinya tampak berseri ditambah pula dengan 'shawl' yang tersemat di bahu kanannya. Lagaknya  persis seorang ulama'. Segala tuntutan sunnah Rasulullah cuba diikuti dengan sebaik mungkin. Setelah memastikan dirinya cukup segak, DIA terus menderap langkah menuju ke musolla sambil tangan kanannya memegang Al-Quran.

Junior-junior yang berselisihan dengannya pasti akan memberi salam dan tidak terlepas juga para senior. Wajah-wajah mereka menunjukkan riak muka kagum terhadap DIA. Hatinya disinggahi duri-duri keujuban.

Ketibaannya di musolla disambut dengan lirikan mata oleh setiap orang. Setiap langkahnya disorot dan diperhatikan oleh pelajar-pelajar di musolla. DIA mengambil tempat di bahagian hadapan musolla(saf pertama) dan mula membaca Al-Quran. Dengan kelunakan suara, DIA membaca Al-Quran dengan nada yang agak kuat sehingga boleh didengari. Suaranya yang begitu asyik ditambah pula dengan kepelbagaian burdah menjadikan bacaannya begitu merdu. DIA merasakan ada segelintir pelajar yang mendekati dirinya. DIA bertambah semangat untuk membaca Al-Quran. Lagi sekali, hembusan keujuban menyapa dirinya.


Di rumah

"Fuhh, penatnya."

DIA melepaskan nafas kepenatan lantaran baru pulang dari asrama. Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam membuatkan DIA berasa penat walaupun perjalanan itu tidak terlalu jauh. Pintu rumah yang sedia terbuka terus dijejak dan dimasuki sambil memberi salam kepada mereka yang berada di dalam rumah. 

DIA terus menapak langkah menuju ke bilik tidur. Beg 'balik kampung' lekas dicampak di tepi katil yang berdekatan dengan meja belajar. Di atas meja belajar itu, tampak buku-buku bertimbun dan tidak tersusun. Tetapi, dia hanya melirikkan mata sahaja. Lagaknya mempersetankan semua itu.



"Allahu Akbar, Allahu Akbar.."

Panggilan agung berkumandang di seluruh buana menandakan telah masuk waktu solat Asar.

Tetap lagaknya tampak bersahaja. Azan yang bergema tidak dihiraukannya. Solat pada awal waktu terasa malas hendak dilakukan dan jauh sekali untuk melaksanakan solat berjemaah di surau. Hatinya merasakan cuti ini, DIA harus menggunakan dengan 'sebaik mungkin' untuk melampiaskan nafsu yang menggelegak. Facebook, twitter dan sebagainya pasti dia akan jejaki apabila jerih perjalanan pulang ke rumah tadi diselesaikan terlebih dahulu. Cukuplah segala keperitan yang ditanggung di asrama.

DIA merasakan cukuplah dia melaksanakan ritual-ritual ibadah di sekolah.

Cukuplah DIA membaca Al-Quran 10 muka surat sehari di asrama.

Cukuplah DIA solat berjemaah lima waktu di musolla.

Cukuplah DIA berpuasa sunat setiap isnin dan khamis.

Cukuplah DIA melaksanakan tuntutan-tuntutan ibadah sunat di asrama. Di rumah, sekadar melakukan yang wajib sahaja pun cukup, katanya.

Maka, hilanglah segala usaha tarbiyah yang dilaksanakan di sekolah bagi membina individu muslim ini. Segalanya ternoktah di sini..

"Wahh, kamar tidurku. Katil idamanku. Bantal kesayanganku. Aku datang!!!" Gedebushh.(harap2 DIA bangun untuk tunaikan solat Asar~ -_-")

**********

Cukuplah dua situasi 'DIA' yang perjaka wawasan bawa dalam entry kali ini. Nak tahu tak? 'DIA' yang tertera di sini ialah orang yang sama. (Ehh, dia ni ada dua personaliti ke? Macam Dr Jekyll and Mr Hyde?)



Terperangkap dengan 'tatapan manusia'

Dua situasi yang tertera di atas merupakan contoh kepada isu yang ingin ditimbulkan pada hari ini. Oleh sebab perjaka wawasan masih pelajar sekolah, situasi ini perjaka wawasan titipkan kerana ia lebih dekat dengan diri perjaka wawasan. Malah, kekadang situasi ini berlaku ke atas diri perjaka wawasan sendiri. Gulpp.

Perjaka wawasan melihat kebanyakan manusia yang bergelar mukmin ini seringkali tersungkur apabila perbuatan mereka tidak dipandang oleh masyarakat. Segala amalan yang dilakukan kekadang dirasakan hanya untuk tatapan manusia bukannya tatapan Allah.

"Semua orang tengah tengok aku beribadah lah, kena buat lagi baik ni."

"Malaslah nak solat Dhuha, kawan-kawan aku pun bukannya ada dekat sini pun. Diorang tak boleh nak tengok aku."

Pemikiran sebegini yang menyebabkan mukmin akan terperangkap dengan satu penyakit hati iaitu riya' atau kata orang putih "show off". Hal ini juga membawa kepada hilangnya rasa keindahan bunga-bunga keimanan.

"Boleh perjaka wawasan beritahu saya kenapa perkara ini boleh terjadi? Mana perginya ikhlas dalam diri mereka?"

Otakku ligat mencari jawapan kepada permasalahan yang ditimbulkan ini. Neuron-neuron yang membawa maklumat memecut laju di dalam otak. "Tingg.."



"Emm, mungkin tanda-tanda riya' dah mula muncul dalam diri mereka."


Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata(yang bermaksud):

"Orang riya' itu memiliki empat tanda:

1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurang amalannya jika tidak mendapat pujian


Kita nak achieve keihklasan dalam beribadah, macam mana eh?

Justeru, apa yang kita perlu buat sekarang? Takkan nak biarkan je tanda-tanda riya' ni menguasai diri kita?

Mestilah tidak. Apa yang perlu kita lakukan adalah MENCARI KEIKHLASAN . Tapi macam mana nak cari ikhlas?

Banyak cara sebenarnya, tapi untuk ruangan kali ini...

Perjaka wawasan hendak berkongsi dua cara sahaja dahulu.

Pertama, kita mesti memperbanyakkan zikir kerana dengannya, hati kita akan sentiasa dalam keadaan mengingati Allah. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 41-42:


Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.


Kedua, kita perlu sentiasa mengkaji dan meneliti nikmat permberian Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 74:

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".


Penutup: Kata-kata Imam Al-Ghazali

"Orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tiadak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. 
Semua orang pasti binasa kecuali orang-orang yang berilmu.
Orang-orang berilmu pasti akan binasa kecuali orang yang aktif beramal.
Semua yang aktif beramal akan binasa kecuali yang ikhlas."
-IMAM AL-GHAZALI-

Wahh, pentingnya ikhlas dalam kehidupan kita. Mari sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk mengikis karat-karat riya' dalam diri kita.

-Daie Sado-





















5 comments:

  1. wah ! entry yg bgus .
    keep it up .

    -hah, tringt status sorg kwn kt fb,
    "kalau Allah x sorokkn dosa2 mnusia, PASTI tiada puji2an trhdp manusia di muka bumi ini.."-

    #btw, tahniah perjaka wawasan@amil zainal :)

    ReplyDelete
  2. tertarik dekat perkataan 'mempersetankan',..haha.

    ReplyDelete
  3. gaaah..tembakan anda tepat mengenai jiwa2 remaja,especially yg sklh agame 4 sure.

    ReplyDelete

Kuucap padamu ribuan kasih,
Sudi menyinggah walau sebentar,
Diriku ini masih bertatih,
Harap dititip secebis komentar.... ..>_<"

For improvement..^_^